Jumat, 28 Agustus 2015

The BEST Street Football/Futsal/Freestyle Skills EVER!! ★ HD

sejarah semua olah raga

OLAHRAGA

SEJARAH
Olahraga merupakan acara sukan asli pertama yang diadakan dalam Sukan Olimpik pada tahun 776 SM. Ketika itu, olahraga hanya meliputi acara "lumba trek stadium" atau stade.
Semasa era klasik Eropah, terdapat beberapa pertandingan sukan yang telah diklasifikasikan dalam sukan olahraga seperti berikut:-
• Sukan Panhellenic
Bangsa Celt, Teuton dan Goths yang berjaya menerajui empayar Rom juga meminati sukan olahraga. Namun begitu, ini kerap dikaitkan dengan latihan pertempuran dan tidak dikelolakan dengan baik.
Pada pertengahan abad ke-19, satu organisasi formal pertandingan olahraga ditubuhkan. Ini termasuk kerjasama antara pertubuhan sukan dan sekolah. Kolej Tentera Diraja Sandhurst membuat pertikaian bahawa mereka merupakan kolej pertama yang menubuhkan organisasi olahraga pada 1812 dan 1825 tanpa sebarang bukti . Namun begitu, mesyuarat pertama organisasi olahraga yang dicatat diadakan di Shrewsbury, Shropshire pada tahun 1840 oleh Sekolah Diraja Shrewbury Hunt. Sehingga kini, tiada sebarang bukti yang kukuh yang dapat menyatakan tentang penubuhan organisasi formal olahraga.
Olahraga mula disertakan dalam pertandingan Olimpik pertama pada tahun 1896 dan masih diteruskan sehingga kini. Wanita hanya dibenarkan untuk menyertai acara trek dan padang pada tahun 1928.
Sejak itu, beberapa pertubuhan atau organisasi olahraga telah ditubuhakan dengan giat di Amerika Syarikat. Ini termasuk International Association of Athletics Federations, Amateur Athletic Union dan USA Track & Field.

SQUASH

SEJARAH
Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.
Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.
Permainan skuasy akhirnya telah dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang Inggeris yang bertugas di negara ini. Tarikh tepat permainan skuasy diperkenalkan di Malaysia tidak dapat dipastikan. Adalah dipercayai ia diperkenalkan sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu, ia dimainkan oleh kelab-kelab, khusus untuk orang-orang kulit putih. Permainan skuasy mula diminati oleh rakyat negara ini selepas perang dunia kedua. Selepas tahun-tahun 1960-an, skuasy mula menjadi satu permainan yang semakin diminati hingga ada sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan sukan memasukkan permainan ini di dalam senarai sukan mereka. Pertandingan dan kejohanan skuasy mula dianjurkan samada di peringkat sekolah, kelab atau jabatan.
Pada tahun 1972, sekumpulan peminat dan pemain skuasy di sekitar Kuala Lumpur telah bertemu di Kelab Tasik Perdana Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk sukan ini. Akhirnya, Persatuan Skuasy Malaysia (PSM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan untuk permainan skuasy di seluruh Malaysia. Datuk Hisyam Albakri adalah presidennya yang pertama. Dengan adanya Persatuan Sepak Takraw Malaysia, banyak persatuan-persatuan skuasy negeri ditubuhkan termasuk Kelab Skuasy Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Skuasy Polis Diraja Malaysia. Beberapa pertandingan mula diadakan seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar tahun1939 dan Pertandingan Piala Tiger tahun 1966.
Skuasy terbukti telah meletakkan nama Malaysia harum di puncak dunia khususnya melalui kejayaan Nicol Ann David yang muncul selaku pemain terbaik wanita dunia tahun 2005 dan Olahragawati Asia 2007.
Melalui usaha yang tidak mengenal jemu di dalam menampilkan cabaran negara pada setiap kejohanan diperingkat antarabangsa, segala usaha itu kini membuahkan hasil.
Di sana sini kelibat pemain skuasy negara berjuang melakar kejayaan diri demi negara. Nama-nama seperti Nicol Ann David, Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar kini meniti dibibir lawan sebagai pencabar yang digeruni untuk ditemui.
Kejayaan Nicol Ann David menjuarai kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong sekaligus ternobat selaku pemain nombor satu dunia, sewajarnya dijadikan impian seimbang buat lain-lain atlit.
Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain skuasy negara memberi petanda bahawa Malaysia boleh mencipta nama menerusi sukan ini.

HOKI

Sejarah
Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000 s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.
Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik minat dan semangat masyarakat di negara tersebut . oleh kerana permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan untuk menjadikan permainan inin lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah pun mengharamkan permainan ini.
Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya.
Dahulunya sukan ini hanya dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Lain pula apabila diPerancis nama permainan ini di panggil sebgai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di inggeriskan menjadi hockey.
Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang pertam telha pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.
Permainan Antarabangsa
Perkembangan sukan hoki ini terus menular ke setiap pelusuk negara dengan pesatnya. Maka, detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa apabila sukan ini diteriam sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Meskipun ditolak pada Sukan Olimpik tahun 1924 tetapi telah diterima semula pada tahun berikutnya. Kini sukan hoki menjadi tidak asing lagi dalam setiap sukan terbesar yang berlangsung.
Seperti permainan yang lain hoki juga turut mempunyai satu badan khusus di peringkat dunia bagi menyelaraskan dan menganjurkan setiap pertandingan yang melibatkan suka hoki. Pada tahun 1924, tertubuhlah persatuan Hoki Antarabngsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya.
Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India dan malaysia. Negara dari Asia, Malaysia, belanda, Jerman Barat, sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand.
Hoki Di malaysia
Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan s\Singapura.
Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

SEJARAH
Pada mulanya permainan ping-pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima,Whiff Wall,Flim Flam dan Table Tennis.
Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan ,istilah ping-pong dicipta,ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.
Pada tahun1902,seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai dan menarik minat orang ramai.
Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi.Pada sekitar tahun 30-an pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia.Pada masa itu pukulan 'spin' telah masyhur di kalangan para pemain.Pada tahun 1950-an,pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas.Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954 hingga 1959.Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah negara ping-pong yang handal.Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada meja.Pada tahun 1970-an pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan pemain-pemain dari Asia.
Pada tahun 1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia.Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa (ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table Tennis Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation.

FUTSAL

SEJARAH
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang. Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan.
Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, ana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
Naman FUTSAL berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil. Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.
Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984.
Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

BOLA SEPAK

Sejarah

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom
(yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

BOLA TAMPAR

Pengenalan
Sejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.
Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,permmainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh masyarakat.
Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi Negara pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.
Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah bermula.
Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.
Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.
Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun. sumber:http://sejarahdankemahiransukan.blogspot.com/